PEMBATALAN PAKEJ

Permohonan pembatalan tertakluk Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 seperti berikut: Perkara 3.2: Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan

3.2.1:

Pembatalan 45 hari bekerja atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM 30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

3.2.2:

Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

Pembatalan Diterima

Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang

22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas


Perlucutan deposit pelancongan


15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

35% daripada tambang pelancongan


8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas


50% daripada tambang pelancongan


3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas


75% daripada tambang pelancongan


2 hari bekerja sebelum tarikh berlepas


100% daripada tambang pelancongan

Caj tambahan jika perlu:

1. Bayaran visa penuh, sekiranya bayaran visa telah dibuat.

2. Bayaran RM250 sekiranya kelengkapan yang diberi (bagasi,buku panduan dll) tidak dipulangkan dalam keadaan sediakala.

3. Pembayaran kos lain seperti Penerbangan,Hotel dll yang telah ditempah.

×