KURSUS UMRAH

Salam Baitullah Travel & Tours Sdn Bhd

" KESEMPURNAAN UMRAH ANDA, KEUTAMAAN KAMI"

FAQ (Frequently Asked Questions)

Bagaimana dengan makan di Mekah & Madinah ya?

Kebiasaan di Mekah, Hotel akan sediakan Sarapan sahaja manakala di Madinah akan disediakan Fullboard(Sarapan,Makan tengahari & Makan malam). Tetapi kami juga akan cuba berikan Kupon Makan di mekah jika jemaah inginkan(Bayaran Tambahan).

Ada pakej Ziarah Ke Taif? Berapa bayaran tambahan yang diperlukan?

Ziarah ke Taif adalah tidak termasuk harga pakej. Jemaah perlu membuat bayaran tambahan (SAR250) jika ingin membuat Ziarah ke Taif.

**Nota : Ziarah Taif akan dibuat jika dibenarkan oleh penguatkuasa tempatan(Arab Saudi) dan mengikut kecukupan waktu.

Macam mana nak daftar ya?

Jemaah boleh mendaftar melalui atas talian (Applikasi SBTT, Whastapp dsb), Pejabat SBTT atau melalui ejen yang sah. Jemaah akan diberikan borang pendaftaran Umrah dan jemaah diingatkan supaya menyerahkan dokumen yang diminta dan membuat bayaran penuh 60 hari sebelum berlepas.

Bagaimana dengan kursus umrah ya?

Jemaah akan diberikan kursus Umrah mengikut slot yang ada dan akan diberikan oleh Pihak SBTT atau wakil syarikat yang dikendalikan selama ½ hari InsyaAllah, ditempat & waktu yang akan dimaklumkan.

Kena Vaksin ke nak pergi Umrah?

Betul. Jemaah yang nak menunaikan umrah perlu ambik suntikan vaksin Meningitis(ACWY135) di klinik tertentu.

Saya daftar akan dapat apa je?

Selain pakej umrah yang ditetapkan (rujuk flyers & isi pakej), Jemaah juga akan mendapat Beg Bagasi , Beg Sandang, buku Umrah & Kursus Umrah.

Apa je keperluan untuk saya pergi Umrah?

Keperluan Jemaah antaranya :-

• Pasport yang masih sah (6 bulan sebelum berlepas).

• Buku/kad rekod Vaksin.

• Gambar ukuran Pasport (Saiz 4cm x 6cm).

• Botol Wudhuk kecil.

• Ihram/Telekung.

• Selebihnya boleh dapatkan senarai semak jemaah.

Boleh ke saya menunaikan Umrah tanpa Mahram?

Boleh. Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan jemaah wanita yg berusia kurang 45 tahun untuk menunaikan umrah tanpa mahram.

Adakah SBTT berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia dan mempunyai lesen bidang umrah?

Ya. SBTT telah berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia dan mempunyai Lesen penuh serta Lesen Khas Umrah. Jemaah boleh membuat semakan di laman sesawang Kementerian Pelancongan Malaysia.

Adakah saya boleh menjadi agent SBTT jika berminat?

Boleh. Boleh berhubung dgn Pegawai kami di HQ utk menjadi pegawai pemasaran Umrah SBTT.

Di Mekah & Madinah kita naik apa ya?

Jemaah akan menaiki bas untuk urusan pergerakan di Tanah Suci. Masa perjalanan antara Jeddah ke Madinah & Madinah ke Makkah mengambil masa dalam 6 jam In sha Allah.

Jika saya sakit, bolehkah saya melakukan umrah ?

Encik perlu mendapatkan rujukan Doktor dahulu bagi tahap kesihatan encik, samada sesuai atau tidak utk menunaikan Umrah.

Bagi pesakit yg menjalani dialisis perlu kemukakan Rekod perubatan untuk tempahan awal pusat Dialisis di Mekah dan Madinah.

Siapakah yang akan menyediakan segala dokumen dan visa sebelum menunaikan umrah?

Di dalam Panduan Pendaftaran Umrah bakal jemaah Umrah hendaklah menyediakan semua dokumen yang dikehendaki, dokumen yg telah lengkap pihak SBTT akan di guna kan utk Permohonan Visa.

Apakah tindakan & dokumen yang diperlukan untuk menunaikan umrah sekarang?
  1. Pelanggan perlu memenuhi syarat iaitu telah lengkap divaksin sebelum membuat pendaftaran.
  2. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk digunakan semasa di Tanah Suci.
  3. Passport perlu dipastikan masih belum luput tarikh sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh penerbangan.
  4. Menyediakan dokumen lengkap seperti yang tertera di dalam Borang Pendaftaran Umrah yang diberikan.
  5. Pelanggan diwajibkan mencarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika permohonan visa umrah atau visa pelancong.
  6. Memastikan kesihatan jemaah sentiasa dalam keadaan baik.
Berapa jarak Hotel di Mekah & Madinah ya ?

Jarak Hotel di Mekah & Madinah adalah seperti dalam pakej dan setakat ini SBTT hanya menggunakan Hotel yang bersesuaian & selesa mengikut pakej yang dipilih oleh Jemaah, In sha Allah.

Berapa banyak perlu bawa duit tunai disana ya ?

Cadangan kami untuk jemaah ialah SAR500-SAR1000. Dan jemaah juga perlu mengaktifkan kad Visa untuk kegunaan diluar negara (nilai tidak sama tukaran di Malaysia).

Apakah jenis visa yang boleh digunapakai untuk menunaikan umrah?

Terdapat 2 jenis visa yang boleh digunapakai iaitu Visa Umrah dan Visa Pelancong.

VISA PELANCONG :

i) Tiada had umur

ii) Kelonggaran isu mahram

iii) Tempahan Hotel dan Kenderaan TIDAK diperlukan semasa permohonan visa dilakukan

iv) Tempoh sah Visa adalah selama Setahun

v) Kemasukan berulang (Multiple Entry)

vi) Boleh tinggal selama 90 hari

vii) Dilindungi insurans Covid-19

VISA UMRAH :

i) Had umur bermula 18 tahun ke atas (mengikut SOP semasa Kerajaan Arab Saudi)

ii) Mahram perlu kepada dokumentasi lengkap

iii) Tempahan Hotel dan Kederaan PERLU dilakukan ketika permohonan Visa Umrah

iv) Tempoh sah Visa Umrah hanya 30 hari

v) Kemasukan sekali sahaja (Single Entry)

vi) Hanya boleh tinggal selama 30 hari

vii) Dilindungi insurans Covid-19

Berapa had umur yang boleh pergi ?

Tiada had Umur (Tertakluk kebenaran kerajaan Arab Saudi).

Salam Baitullah guna penerbangan Malaysia Airlines ya ?

Tidak Semestinya tertakluk kepada ketersediaan penerbangan, InsyaAllah setakat hari ni, kami akan menggunakan syarikat penerbangan Malaysia Airlines,Saudi Airlines, Air Arabia, Emirate dan Air Asia . Sekiranya bertukar, pihak syarikat akan memilih perkhidmatan penerbangan terus/sambungan yang terbaik.

Apa je yang termasuk dalam Ziarah di Mekah & Madinah?

Ziarah di Mekah & Madinah Termasuk Ziarah Dalam & Luar antaranya: Makam Rasulullah SAW,Raudah, Masjid Quba’(Madinah) serta Tapak Rumah Rasulullah SAW, Jabal Nur, Jabal Thur(Mekah) dan yang telah tertera dalam aturcara pakej Umrah SBTT.

Aplikasi Tawakkalna & Eatmarna sangat diperlukan sepanjang keberadaan di Saudi. Apa beza kedua-dua aplikasi ni ?
  1. Tawakkalna adalah aplikasi memantau kesihatan dan pergerakan pelanggan untuk memasuki masjid dan premis (seperti MySejahtera di Malaysia)
  2. Eatmarna adalah aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW.
  3. Pendaftaran untuk kedua-dua aplikasi ini hanya boleh menggunakan nombor telefon Arab Saudi sahaja.
Macam mana nak dapatkan slot solat, umrah, ziarah Raudah dan Rasulullah(Visa pelancong)?
  1. Permohonan permit bagi slot untuk menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu dilakukan menggunakan applikasi Eatmarna. Slot tempahan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan slot hendaklah dilakukan 4 jam sebelumnya.
  2. Ibadah Tawaf Wada’ (selamat tinggal), tawaf sunat dan iktikaf di masjid tidak dibenarkan mengikut SOP kerajaan Arab Saudi buat masa ini. Sebarang perubahan hanya tertakluk kepada keputusan kerajaan Arab Saudi.
Berapakah jarak dan masa yang diambil dari Lapangan Terbang Madinah ke hotel penginapan?

Jarak dari Lapangan Terbang Madinah ke hotel penginapan adalah sejauh 15 km dan perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam.

Berapa lamakah perbezaan waktu Arab Saudi dengan Malaysia?

Bezanya ialah Arab Saudi lewat 5 jam. Contoh, jika Malaysia pukul 7.30 malam di Arab Saudi pukul 2.30 petang.

Macam mana dengan bagasi kami ya bila sampai di hotel?

Bagasi jemaah akan diuruskan oleh Petugas/Pekerja Hotel in sha Allah.

Hand Luggage pun sama?

Jemaah digalakkan untuk membawanya sendiri ke bilik masing-masing.

Bilakah waktu Ziarah Raudhah ya?

Jemaah akan menziarahi Raudhah apabila telah membuat permohonan slot Ziarah melalui Aplikasi Eatamarna dan telah diluluskan.

Berapa lamakah perbezaan waktu Arab Saudi dengan Malaysia?

Bezanya ialah Arab Saudi lewat 5 jam. Contoh, jika Malaysia pukul 7.30 malam di Arab Saudi pukul 2.30 petang.

Adakah petugas SBTT akan ada dalam bas ketika ziarah?

In sha Allah, Petugas/Mutawif akan bersama-sama jemaah sepanjang berada di sana.

Kita akan buat Ziarah wada’ ke di Madinah? Dan bila tu Ziarah?

Ya,In sha Allah Ziarah wada’ akan dibuat sebelum meninggalkan Madinah & bergerak ke Mekah.

Masa Ziarah Wada’ perlu pakai ihram terus?

Boleh pakai ihram terus, dan jemaah akan berniat ihram di Miqat Bir Ali.

Sekiranya bagasi saya tiada macam mana ya?

Jemaah perlu memaklumkan kepada Petugas/Mutawif SBTT segera.

Bagaimana saya nak masuk bilik Hotel ye kalau kunci ada bersama rakan sebilik yang lain?

Boleh rujuk Petugas SBTT atau kaunter Hotel sekiranya Petugas ada tuagasan lain.

Boleh masak ke dalam Hotel?

Jemaah tidak dibenarkan memasak. Sekiranya jemaah ada alergik tentang pemakan atau sebagainya, Jemaah perlu memberitahu Pihak SBTT seawal mungkin.

Berapa jarak perjalanan dari Makkah ke Airport Jeddah?

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam sejauh lebih kurang 70Km.

Bolehkah saya pergi menunaikan umrah melalui skim potongan gaji Angkasa(SPGA)?

Boleh, Jemaah boleh terus menunaikan Umrah selepas permohonan SPGA diluluskan oleh pihak Koperasi, Biro Angkasa dan juga SBTT. Tertakluk kepada kekosongan tempat dan tarikh pakej yang dipilih.

Bilakah paling awal saya boleh pergi?

Jemaah boleh pergi paling awal ialah selepas semua proses kelulusan diperolehi dan kekosongan tempat serta tarikh.

Apa akan terjadi jika jemaah meninggal dunia sebelum tempoh potongan gaji selesai?

Jika telah pergi, Baki bayaran akan dibayar oleh syarikat Takaful kepada pihak pembiaya. Manakala bagi jemaah yg masih belum pergi menunaikan Umrah, pihak SBTT akan menguruskan baki tersebut mengikut akur janji yang telah dipersetujui oleh jemaah pada peringkat awal permohonan(Badal Umrah/Haji, atau menyerahkan baki simpanan kepada waris).

Bolehkah saya membuat potongan gaji untuk isteri dan anak2 saya?

Boleh, Jemaah boleh membuat potongan gaji untuk isteri dan anak2 atas nama jemaah mengikut peraturan pihak Koperasi, Biro Angkasa atau bank pembiaya.

Berapa lama saya perlu membuat potongan gaji?

Jemaah boleh memilih pakej yang sesuai iaitu 36, atau 48 bulan.

Apa yang akan terjadi jika jemaah mengalami cacat/ilat sebelum dapat pergi umrah?

Jemaah tetap boleh pergi mengerjakan umrah tertakluk kepada tahap kesihatan jemaah, manakala baki pembiayaan akan dilindungi oleh syarikat takaful.

Bagaimana jika saya berada di luar Kuala Lumpur dan ingin mendaftar?

Encik boleh mendaftar secara diatas talian (Online) @ hubungi Pegawai Pemasaran SBTT atau ejen(PPU) kami yg sah.

Apakah website SBTT yg boleh kami layari?

www.salambaitullahtravel.com

Adakah saya boleh menjadi ejen SBTT jika berminat?

Boleh. Mohon encik berhubung dgn Pegawai kami di HQ utk mengetahui terma dan syarat.

Dimanakah saya boleh mengikuti Kursus Umrah yg di sediakan oleh pihak SBTT?

Pihak SBTT akan menyediakan Kursus Umrah secara Online atau secara Fizikal mengikut kesesuaian masa dan tempat.

Bank Account

5623 0263 0872

Account Holder

Salam Baitullah Travel & Tours SDN. BHD.

*Sila hantar resit/bukti pembayaran kepada pihak Salam Baitullah Travel & Tours Sdn. Bhd.


© copyright 2023 l Salam Baitullah Travel & Tours Sdn Bhd

×