Term & Condition

*Maklumat di bawah mungkin akan berubah mengikut keadaan dari semasa ke semasa.


Syarat-Syarat Penerimaan Tawaran Perkhidmatan Umrah

  1. Pelanggan perlu menghubungi Salam Baitullah Travel & Tours Sdn. Bhd. dan memastikan sekiranya masih ada kekosongan pada tarikh yang dipilih serta mendapatkan maklumat lengkap mengenai pakej tersebut.
  2. Pelanggan yang telah divaksin penuh dan melepasi tempoh inkubasi sahaja dibenarkan menyertai pakej umrah. Vaksin yang diiktiraf oleh kerajaan Arab Saudi adalah Pfizer-BioNTech, Oxford-AstraZeneca, Moderna dan Johnson & Johnson. Bagi yang mendapat vaksin Pfizer-BioNTech, Oxford-AstraZeneca, Sinovac dan Sinopharm, wajib mengambil vaksin penggalak (booster) dari salah satu 4 vaksin yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi.
  3. Pelanggan perlu membuat bayaran Deposit sebanyak RM 500 dan baki bayaran penuh perlu dibuat selewatnya 60 Hari sebelum Tarikh Penerbangan.
  4. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Telegram untuk mendapatkan info terkini dari Salam Baitullah serta memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna (atau apa-apa aplikasi yang di arahkan oleh kerajaan Arab Saudi dari semasa ke semasa) untuk digunakan di Arab Saudi.
  5. Semasa mendaftar, pelanggan perlu menetapkan jenis bilik yang dikehendaki (Quin / Quad / Triple / Double). Sekiranya menempah bilik berempat (Quad), pelanggan mesti mendatangkan empat orang atau menunggu pelanggan lain untuk menumpang sekiranya ada. Sekiranya tiada, pelanggan akan dicaj mengikut kekosongan jenis bilik yang sedia ada.
  6. Bayaran penuh untuk jemaah berdaftar selain Skim Potongan Gaji (SPG) perlu dijelaskan selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh penerbangan bagi memastikan kelancaran perjalanan umrah tuan/puan.
  7. Pembayaran boleh dibuat secara tunai di pejabat syarikat / perbankan atas talian / Kredit kad / cek di atas nama SALAM BAITULLAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD. melalui nombor akaun MAYBANK: 5623 0263 0872. Pembayaran melalui pihak ketiga tidak diterima. Bukti pembayaran (slip bank) hendaklah diserahkan kepada pihak syarikat melalui whatapps/emel/secara serahan tangan.
  8. Aturcara perjalanan yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan SOP dan kebenaran semasa kerajaan Arab Saudi.
  9. Semua pakej umrah tertakluk kepada syarat kelulusan Visa dari kerajaan Arab Saudi .
  10. Pihak pengurusan Salam Baitullah Travel & Tours Sdn. Bhd. berhak untuk menolak, mengubah, meminda, memadam atau menambah terma dan syarat yang dinyatakan atau menarik balik promosi pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  11. Kegagalan Untuk mematuhi Terma & Syarat ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan,perlucutan deposit dan tindakan Undang-Undang.

Pakej Termasuk

  1. Tiket penerbangan kelas ekonomi pergi balik termasuk cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api. Harga tiket mungkin berubah mengikut syarikat Penerbangan dan pilihan jemaah untuk menaik taraf tiket kepada kelas perniagaan.
  2. Permohonan Visa Pelancongan (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi):
  • Dibenarkan untuk warganegara Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja di kawasan Asia Tenggara yang telah divaksin penuh.
  • Pelanggan berumur 18 tahun ke atas boleh memohon tanpa perlu kepada mahram, manakala pelanggan berumur di bawah 18 tahun boleh memohon bersama penjaga.
  • Visa sah digunapakai selama 1 tahun dari tarikh permohonan. Tempoh maksima dibenarkan tinggal di Arab Saudi adalah selama 3 bulan (90 hari). Visa ini adalah kemasukan berulang (multiple entry).
  • Pelanggan yang memanjangkan tempoh tinggal di Arab Saudi untuk aktiviti / perjalanan peribadi mesti mendapatkan kebenaran dari pihak Salam Baitullah terlebih dahulu.
  • Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
  • Visa hanya terpakai kepada penerbangan berjadual (schedule) sahaja yang masuk melalui Terminal Antarabangsa Arab Saudi. Penerbangan sewa khas (charter) tidak dibenarkan menggunakan visa ini.
  • Pelanggan yang memiliki Visa Pelancong sebelum ini yang telah dilanjutkan tempoh sahnya perlu mencarum insurans Covid-19 dengan membayar SR40 ketika tiba di lapangan terbang Arab Saudi.
  • Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.

3. Permohonan Visa Umrah (tertakluk kepada kelulusan dan perubahan SOP semasa Arab Saudi):

  • Dibenarkan kepada pelanggan yang telah divaksin penuh.
  • Hanya dibenarkan bagi pelanggan berumur 18 tahun ke atas.
  • Semua salinan dokumen mahram perlu dilengkapkan dan disahkan oleh Jabatan Kerajaan yang berkenaan.
  • Visa sah digunapakai selama 30 hari dari tarikh visa dikeluarkan. Tempoh maksima dibenar tinggal di Arab Saudi adalah selama 30 hari. Visa ini adalah kemasukan sekali sahaja (single entry).
  • Harga visa termasuk dengan pelan insurans Covid-19 yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
  • Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas kerugian sekiranya permohonan yang diproses tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi atas faktor-faktor tertentu atau keselamatan. Setiap permohonan yang tidak diluluskan hendaklah dirujuk terus kepada Kedutaan Arab Saudi.

4. Penginapan, makan dan minum serta kenderaan di Tanah Suci seperti mana dinyatakan di dalam aturcara.

5. Tempat lawatan seperti mana yang dinyatakan dalam aturcara pakej

(kebenaran lawatan tertakluk kepada kebenaran dan perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi).

6. Barang hadiah seperti mana dinyatakan dalam pakej.

7. Air Zamzam (tertakluk kepada kebenaran kerajaan Arab Saudi).

8. Umrah bersama Mutawwif.

Pakej Tidak Termasuk

1. Kos ujian RT-PCR Covid-19 di Malaysia (dalam masa 48 jam sebelum penerbangan dan ketika kuarantin).

2. Kos kuarantin yang melebihi perlindungan insurans Covid-19.

3. Kos rawatan dan ubat-ubatan di hospital Arab Saudi yang tidak dilindungi oleh insurans.

4. Perkhidmatan tambahan di lapangan terbang (porter) & di hotel.

5. Penggantian nilai barangan peribadi yang hilang di mana-mana lokasi sepanjang perjalanan dan lebihan timbangan bagasi.

6. Sebarang perubahan kadar matawang asing dan kenaikan harga tiket penerbangan,

cukai penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api.

7. Program lawatan ke tempat yang tidak dinyatakan dalam pakej.

8. Tambang teksi sekiranya jemaah perlu berulang ke hospital sekiranya sakit atau untuk rawatan dialisis.

9. Lain-lain aturcara atau Makan dan minum yang tidak dinyatakan dalam pakej.

Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan

Harga semua pakej di dalam web ini adalah mengikut nilai matawang MYR semasa. Oleh kerana kadar nilai matawang MYR berubah berbanding US Dollar (USD) dan Saudi Riyal (SAR) atau lain-lain matawang berkaitan, harga pakej Salam Baitullah Travel & Tours Sdn Bhd boleh berubah mengikut kadar nilaian MYR semasa berbanding nilaian matawang asing tersebut. Salam Baitullah Travel & Tours Sdn Bhd berhak mengubah mana-mana harga pakej setelah memberi notis tidak kurang dari 7 hari sebelum tarikh penerbangan.

Perubahan harga pakej mengikut pertukaran matawang asing

Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran matawang asing, cukai kerajaan dan sebagainya.

Menukar Pakej atau Menarik Diri / Pembatalan Pakej

1. Jika jemaah ingin membuat penukaran tarikh (semua pakej), jemaah perlu memberitahu seawal mungkin dengan

berunding bersama Pihak Syarikat samada Urusan Kerja atau sebagainya dan Surcaj juga akan dikenakan iaitu

sebanyak Rm100 Seorang.

2. Pelanggan berdaftar tidak dibenarkan menarik diri tanpa sebarang sebab yang kukuh.

3. Permohonan pembatalan / menarik diri hendaklah dikemukakan melalui surat dan bukti bertulis dari

mana-mana organisasi (sekiranya ada) kepada Pengarah Urusan Salam Baitullah Travel & Tours Sdn. Bhd.

4. Pembatalan yang melibatkan tiket penerbangan, Visa Pelancong / Visa Umrah, penginapan dan kenderaan

yang telah ditempah, akan ditolak dari jumlah harga pakej yang telah dibayar.

5. Pembatalan pendaftaran akan tertakluk kepada Jadual Keempat Akta Industri Pelancongan 1992 dalam

Perkara 3.2.1 dan 3.2.2.

Perkara 3.2.1 :

Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2%

daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

Perkara 3.2.2:

Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

22-44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

Perlucutan Deposit Pelancongan

15-21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

35% daripada tambang pelancongan

8-14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

50% daripada tambang pelancongan

3-7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas

75% daripada tambang pelancongan

2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas

100% daripada tambang pelancongan

6. Caj Tambahan jika Perlu:

  • Bayaran visa penuh, sekiranya bayaran visa telah dibuat.
  • Bayaran RM200 sekiranya beg atau buku panduan tidak dipulangkan dalam keadaan sempurna.
  • Bayaran Tiket Penerbangan & Hotel sekiranya telah ditempah dan dibuat.

SOP NORMA BAHARU

(Mengikut Perubahan Dari Semasa ke Semasa)

Sebelum Penerbangan

1. Pelanggan berumur 18 tahun dan ke atas sahaja dibenarkan menunaikan umrah buat masa ini sama ada menggunakan

Visa Umrah atau Visa Pelancong (tertakluk kepada perubahan SOP semasa Arab Saudi).

2. Pelanggan yang telah divaksin penuh sahaja dibenarkan menunaikan umrah dan masuk ke negara Arab Saudi.

Berikut adalah maklumat vaksin yang diiktiraf dan diluluskan kerajaan Arab Saudi:

  • 2 dos vaksin Pfizer-BioNTech / Comirnaty, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
  • 2 dos vaksin Oxford-AstraZeneca / Covishield / SK Bioscience / Vaxzevria, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
  • 2 dos vaksin Moderna / Spikevax, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
  • 1 dos vaksin Johnson & Johnson, telah melepasi 28 hari tempoh inkubasi setelah dos pertama. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
  • 2 dos vaksin Sinovac / Coronavac, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.
  • 2 dos vaksin Sinopharm / Covilo, telah melepasi 14 hari tempoh inkubasi setelah dos ke-2. Perlu kepada vaksin penggalak (booster) dari jenis vaksin Pfizer-BioNTech atau Oxford-AstraZeneca atau Moderna atau Johnson & Johnson selewatnya 15 hari sebelum perjalanan umrah.

3. Pelanggan diwajibkan mencarum insurans Covid-19 yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi ketika permohonan

Visa Umrah atau Visa Pelancong.

4. Pelanggan perlu menyediakan sijil vaksinisasi rasmi yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera dan menyerahkan

kepada wakil syarikat. Sijil tersebut perlu dibawa untuk semakan di lapangan terbang.

5. Pelanggan perlu melakukan ujian RT-PCR Covid-19 di klinik/hospital di kawasan masing-masing dalam masa

48 jam sebelum penerbangan ke Arab Saudi dan perlu mendapatkan keputusan negatif. Keputusan ujian RT-PCR Covid-19

perlu diserahkan kepada pihak syarikat. Sekiranya pelanggan mendapat keputusan positif, pelanggan tidak dibenarkan

menyertai perjalanan umrah dan penjadualan semula penerbangan akan dilakukan (tertakluk kepada kebenaran dan SOP

semasa syarikat penerbangan). Kos ujian RT-PCR Covid-19 ini perlu ditanggung pelanggan.

6. Setiap pelanggan diwajibkan mempunyai telefon pintar dan perlu memuat turun aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna untuk

digunakan di Arab Saudi. Pelanggan perlu memastikan bateri telefon pintar sentiasa penuh sebelum bertolak.

7. Setiap pelanggan perlu memastikan telah diberikan Pasport dan Fail Khas ketika di lapangan terbang oleh wakil syarikat.

Fail ini mengandungi dokumen penting bagi perjalanan umrah.

Ketika Di Arab Saudi

1. Tiada ujian RT-PCR Covid-19 ketika tiba di Arab Saudi dan tiada keperluan kuarantin bagi pelanggan yang telah menerima

dos lengkap vaksin.

2. Bagi pengguna Visa Pelancong yang telah dilanjutkan tempoh sahnya, mereka perlu mencarum insurans Covid-19 bernilai

SR40 di lapangan terbang Arab Saudi. Kos ini ditanggung syarikat.

3. Pelanggan perlu membeli kad sim Arab Saudi dan mendaftar di kedua-dua aplikasi berikut:

• Tawakkalna – Aplikasi memantau kesihatan dan pergerakan pelanggan untuk memasuki masjid dan premis (seperti

MySejahtera di Malaysia).

• Eatmarna – Aplikasi untuk memohon permit menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah

SAW.

4. Permohonan permit bagi slot untuk menunaikan umrah, solat fardhu, menziarahi Raudhah dan Makam Rasulullah SAW perlu

dilakukan menggunakan applikasi Eatmarna. Slot tempahan tertakluk kepada kekosongan semasa. Sebarang pembatalan

slot hendaklah dilakukan 4 jam sebelumnya.

5. Pelanggan perlu memohon untuk menjalani kuarantin di rumah (HSO) setelah pulang dari Arab Saudi dengan membuat

permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia 7 hingga 10 hari sebelum tiba di Malaysia. Permohonan boleh dibuat

melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sekiranya diluluskan, email akan diberikan kepada pelanggan

dan perlu ditunjukkan salinan kepada petugas kesihatan di KLIA. Jika tidak memenuhi syarat dan kelayakan, pelanggan

perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia.

6. Ibadah tawaf wada’ (selamat tinggal), tawaf sunat dan iktikaf di masjid setakat ini belum dibenarkan. Ia tertakluk kepada

perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi.

7. Program ziarah umrah dibenarkan. Ia tertakluk kepada perubahan SOP semasa kerajaan Arab Saudi.

8. Kapasiti bagi kenderaan di Arab Saudi adalah mengikut kapasiti penuh kenderaan.

9. Pelanggan perlu melakukan ujian RT-PCR Covid-19 di bilik hotel penginapan dalam masa 48 jam sebelum penerbangan

pulang ke Malaysia dan mendapatkan keputusan negatif. Kos ujian RT-PCR Covid-19 ini ditanggung syarikat. Sekiranya

pelanggan mendapat keputusan positif, pelanggan tidak dibenarkan pulang ke Malaysia dan perlu menjalani kuarantin dan

rawatan di Arab Saudi terlebih dahulu. Penjadualan semula penerbangan pulang akan dilakukan (tertakluk kepada

kebenaran dan SOP semasa syarikat penerbangan). Sebarang kos kuarantin dan rawatan yang melebihi perlindungan

insurans perlu ditanggung pelanggan. Ahli keluarga yang ingin menemani pesakit di Arab Saudi sepanjang tempoh kuarantin

perlu tanggung kos sendiri.

Setelah Tiba Di Malaysia

  1. Pelanggan perlu mengisi borang secara online sebaik sahaja tiba di KLIA. Borang ini akan dikemaskini ke dalam aplikasi MySejahtera pelanggan. Salinan surat permohonan kuarantin di rumah (HSO) yang diluluskan akan disemak dan gelang merah akan dipakaikan. Pelanggan perlu melakukan ujian RT-PCR Covid-19 di KLIA dan menjalankan kuarantin selama 7 hari di rumah. Kos ujian RT-PCR Covid-19 di KLIA adalah percuma.
  2. Ujian ulangan RT-PCR Covid-19 perlu dilakukan pada hari ke-5 kuarantin di klinik/hospital berhampiran. Pelanggan boleh memotong gelang kuarantin pada hari ke-8 di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dengan membawa keputusan ujian RT-PCR Covid-19 yang negatif. Kos ujian RT-PCR Covid-19 dan kuarantin perlu ditanggung pelanggan.
  3. Bagi pelanggan yang tidak diluluskan untuk kuarantin di rumah, mereka akan dihantar ke stesen kuarantin yang diwartakan oleh kerajaan Malaysia mengikut tahap penilaian risiko oleh KKM.
  4. Segala perubahan tertakluk kepada SOP semasa KKM dan kerajaan Malaysia.
×